Saturday, October 5, 2013

By Muhammad Hazim


Okay pada hari ini aku akan bercerita tentang kehidupan ku di KMK.Pada 27 mei 2013 merupakan hari dimana pertama kali aku merasai kehidupan di asrama dan Kolej Matrikulasi Kedah atau singkatannya KMK ialah kolej dimana aku ditempatkan.Tetapi nasib malang menimpa apabila kemalangan 2 hari sebelum aku datang ke kolej ini dan hanya dapat mendaftar tanpa melalui MPPB.Pada hari pendaftaran aku datang mendaftar bersama keluarga dimana aku ditemani oleh kakak untuk mendaftar kerana kecederaan ku dan ramai pelajar lain melihat ku dengan muka terkejut kerana kecederaan dialami agak teruk .Selepas pendaftaran aku terus menghantar barang ke bilik. Di bilik aku memuatkan 4 orang untuk satu bilik dan bakal kawan-kawan aku datang dari pelbagai negeri.Selepas mengemas barang aku terus berjumpa HEP dan meminta kebenaran berehat seminggu di rumah.Aku akhirnya tidak melalui MPPB dan tidak mengenali kawan yang baru.

Seminggu kemudian aku datang ke kolej untuk meneruskan pembelajaran dan merupakan permulaan hidupku diasrama.Kami dibahagikan mengikut modul, kuliah dan kelas. Alhamdulillah, aku terpilih untuk mengambil modul 3, kuliah k2s3, kelas k2s3p5. Hari pertama aku masuk ke kelas, aku mengenali beberapa lagi rakan baru seperti Arif, Akmal dan Faisal. Mereka menjadi teman rapat aku ketika di kelas atau di mana jua. Aku berasa sangat bangga mendapat teman seperti mereka. Kelas kami mempunyai seramai 26 orang. Ini bermakna pelajar perempuan seramai 22 orang. Mereka juga sangat baik dan memeriahkan lagi kelas ini. Ketika ini aku memulakan sesi pembelajaran aku di sini dan mengenali beberapa orang pensyarah yang sporting, baik hati dan juga rajin mengajar kami.


Banyak yang orang yang aku jumpa di kolej ini dan mereka bermacam-macam ragam tetapi tetap baik hati.Dan di kolej ini juga aku belajar hidup berdikari,yelah baju pun mak selalu basuh dan hari pertama juga aku berasa sedih terpaksa berpisah dengan keluarga.Selama ini pun aku tak pernah duduk di asrama tapi lama kelamaan aku sudah dapat membiasakan diri dengan kehidupan dan lebih banyak kawan baru di kolej ini yang datang dari pelbagai negeri 

Okay lah, itu sahaja saya rasa cerita berkenaan saya di kolej ini. Moga dapat ambil iktibar dan tauladan dari cerita saya tadi ye. bye, Assalamualaikum.

By Muhammad Akmal

Assalamualikum semua,

    Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Okay, tajuk hari ini berkenaan dengan kehidupan aku di Kolej Matrikulasi Kedah ni. Cerita bermula daripada aku datang ke sini lagi. Aku melihat kolej ini sangatlah besar dan pemandangannya sangat sesuai untuk dijadikan tempat belajar. Semasa hari pendaftaran, aku datang bersama keluarga yang datang jauh dari Johor, untuk mendaftarkan diriku. Aku juga dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan baru yang mana mereka ni juga datang dari negeri yang berlainan. Selepas itu, aku ditunjukkan kamarku yang boleh memuatkan 4 orang 1 biik. Aku pun mengemaskan barang-barang aku bersama abang dan kakak aku. 

     Pada petang harinya, aku bergambar bersama keluarga aku di KMK ni dan selepas itu, mereka bersiap sedia untuk pulang. Aku berasa sangat berat hati untuk berpisah dengan keluarga tetapi apakan daya. hmm, Ibu selalu berpesan, adik datang sini untuk belajar, jangan fikir ayah dan ibu di rumah,, tumpukan pelajaran adik eh,, solat jangan lupa, doakan Lecturer, baca manzil tau.. sayang adik. Aku menangis apabila dengar ibu aku berkata seperti ini. Mana mungkin aku boleh melupakan ibu dan ayah serta keluarga walaupun seketika kerana mereka selalu berada di dalam hati aku. Tetapi tidak mengapa, aku akan pegang kata-kata ibu aku itu dan membuktikan bahawa aku boleh berjaya di sini.

     Maka selepas itu, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar KMK. Minggu pertama adalah merupakan minggu orientasi yang mana aku serta rakan-rakan yang lain dibuli dengan pelajar senior.. Bukan buli sebenarnya yang aku maksudkan tapi mengajar kita erti sebenar hidup berdikari, makan kari, diri sebelah kaki dan mati tanam sendiri. haha. Pengertian yang cukup mendalam buat kami semua. Setiap pagi kami dilatih bangun pada jam 5 pagi.. fuhh dah la tidur jam 2 pagi, mana tak ngantuknya.. tapi takpe lah, ini kehidupan asrama, dah lali dah dengan semua benda ni. Abang-abang senior sangatlah baik hati walaupun mereka banyak marah kita semua. .Orang kata kalau seseorang itu marah kita tanda dia sayang pada kita.. dia nak kita jadi lebih baik dan terurus. Terima kasih banyak-banyak abang.


     Setelah tamat minggu orientasi, kami dibahagikan mengikut modul, kuliah dan kelas. Alhamdulillah, aku terpilih untuk mengambil modul 3, kuliah k2s3, kelas k2s3p5. Hari pertama aku masuk ke kelas, aku mengenali beberapa lagi rakan baru seperti Arif, Hazim dan Faisal. Mereka menjadi teman rapat aku ketika di kelas atau di mana jua. Aku berasa sangat bangga mendapat teman seperti mereka. Kelas kami mempunyai seramai 26 orang. Ini bermakna pelajar perempuan seramai 22 orang. Mereka juga sangat baik dan memeriahkan lagi kelas ini. Ketika ini aku memulakan sesi pembelajaran aku di sini dan mengenali beberapa orang pensyarah yang sporting, baik hati dan juga rajin mengajar kami.

      Pada minggu seterusnya, aku meneruskan perjuaganku bukan sahaja dalam akademik malahan dalam kokurikulum. Aku telah dilantik menjadi ketua praktikum, pengerusi kelab kokurikulum (pendidikan luar) dan juga menjdi ahli perpustakaan. Aku akan cuba sedaya upaya menjalan tugas ini dengan baik walaupun aku mendengar beberapa teguran tentang diriku. Terima kasih,, disebabkan teguran itu aku tahu akan kesilapan aku.

Video berkenaan mengenang budi seorang rakan,

      Ketika di asrama pula, aku dipindahkan ke tingkat atas sekali yang mana aq tinggal dengan seorang pelajar bernama Abu Huzaifah. Aku tinggal berdua di bilik ini.. Memang seronok lah. Saban hari, aku dapat mengenali setiap jiran bilik aku dan rapat dengan mereka. Duduk di asrama ni pun ada kehidupan berjiran. Jadi jagalah hati jiran bilik anda untuk kesejahteraan bersama. Aku paling tak suka tidur lepas subuh dan pada waktu petang,,tetapi kadang-kadang aq terlelap juga.. Nak buat macam mana kan,, akibat tidur lambat, memang macam itu lah jadinya.

     Okay lah, itu sahaja saya rasa cerita berkenaan saya di kolej ini. Moga dapat ambil iktibar dan tauladan dari cerita saya tadi ye. bye, Assalamualaikum. peace no war.