Saturday, October 5, 2013

By Muhammad Hazim


Okay pada hari ini aku akan bercerita tentang kehidupan ku di KMK.Pada 27 mei 2013 merupakan hari dimana pertama kali aku merasai kehidupan di asrama dan Kolej Matrikulasi Kedah atau singkatannya KMK ialah kolej dimana aku ditempatkan.Tetapi nasib malang menimpa apabila kemalangan 2 hari sebelum aku datang ke kolej ini dan hanya dapat mendaftar tanpa melalui MPPB.Pada hari pendaftaran aku datang mendaftar bersama keluarga dimana aku ditemani oleh kakak untuk mendaftar kerana kecederaan ku dan ramai pelajar lain melihat ku dengan muka terkejut kerana kecederaan dialami agak teruk .Selepas pendaftaran aku terus menghantar barang ke bilik. Di bilik aku memuatkan 4 orang untuk satu bilik dan bakal kawan-kawan aku datang dari pelbagai negeri.Selepas mengemas barang aku terus berjumpa HEP dan meminta kebenaran berehat seminggu di rumah.Aku akhirnya tidak melalui MPPB dan tidak mengenali kawan yang baru.

Seminggu kemudian aku datang ke kolej untuk meneruskan pembelajaran dan merupakan permulaan hidupku diasrama.Kami dibahagikan mengikut modul, kuliah dan kelas. Alhamdulillah, aku terpilih untuk mengambil modul 3, kuliah k2s3, kelas k2s3p5. Hari pertama aku masuk ke kelas, aku mengenali beberapa lagi rakan baru seperti Arif, Akmal dan Faisal. Mereka menjadi teman rapat aku ketika di kelas atau di mana jua. Aku berasa sangat bangga mendapat teman seperti mereka. Kelas kami mempunyai seramai 26 orang. Ini bermakna pelajar perempuan seramai 22 orang. Mereka juga sangat baik dan memeriahkan lagi kelas ini. Ketika ini aku memulakan sesi pembelajaran aku di sini dan mengenali beberapa orang pensyarah yang sporting, baik hati dan juga rajin mengajar kami.


Banyak yang orang yang aku jumpa di kolej ini dan mereka bermacam-macam ragam tetapi tetap baik hati.Dan di kolej ini juga aku belajar hidup berdikari,yelah baju pun mak selalu basuh dan hari pertama juga aku berasa sedih terpaksa berpisah dengan keluarga.Selama ini pun aku tak pernah duduk di asrama tapi lama kelamaan aku sudah dapat membiasakan diri dengan kehidupan dan lebih banyak kawan baru di kolej ini yang datang dari pelbagai negeri 

Okay lah, itu sahaja saya rasa cerita berkenaan saya di kolej ini. Moga dapat ambil iktibar dan tauladan dari cerita saya tadi ye. bye, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment